تَبَـٰرَكَ ٱسْمُ رَبِّكَ ذِى ٱلْجَلَـٰلِ وَٱلْإِكْرَامِ78

Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ77

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِىٍّ حِسَانٍ76

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ75

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَآنٌّ74

(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ73

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

حُورٌ مَّقْصُورَٰتٌ فِى ٱلْخِيَامِ72

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ71

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فِيهِنَّ خَيْرَٰتٌ حِسَانٌ70

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ69

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فِيهِمَا فَـٰكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ68

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ67

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ66

Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ65

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

مُدْهَآمَّتَانِ64

Kedua-duanya menghijau subur tanamannya.
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ63

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ62

Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua).
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ61

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَـٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَـٰنُ60

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
- Abdullah Muhammad Basmeih
 

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ59

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
- Abdullah Muhammad Basmeih

Pages:
1 2 3 4 Next